Isnin, 20 Jun 2011

Mee Lidi @ Mee Batang

Hollaweee...malasnyerr..
Last Friday betul-betul mood MALAS..sampai nak masak pun rasa macam...hmmm.. So ieQa pun call hubby, cakap malas masak, just goreng mee sahaja. But bukan mee kuning yang biasa kita beli di kedai atau pasaraya. This mee is very special, susah nak jumpa. ieQa beli pun di kampung. Setiapkali balik ke kampung di Pekan, Pahang mesti beli untuk buat stok dirumah. Oklah..penat berceloteh panjang..jom kita lihat bahan2 yang diperlukan.


Bahan-bahannya :-
1 bungkus mee batang @ mee lidi - direbus 3-4minit dan ditos airnya
Bawang besar dan halia - dikisar
1 1/2 sudu besar lada giling
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomat
Isi ayam - dipotong kecil ( kalau nak letak sotong dan udang pun boleh, lagi sedap)
Sedikit sayur kubis
1/2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dihiris
Gula dan garam secukup rasa
Kicap lemak manis
1 biji telur
1/2 cawan air

Cara2nya :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sampai naik bau. Masukkan lada giling.
  • Masukkan isi ayam. Biar seketika, masukkan sos cili dan sos tomato Masukkan air, biarkan seketika.
  • Masukkan telur,biarkan seketika. Masukkan sayur kubis, baang besar dan tomato.
  • Masukkan mee yang telah di rebus tadi dan kacau, masukkan garam dam gula secukup rasa. Masukkan kicap lemak manis untuk menyedapkan lagi. Kacau sampai sebati. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan