Sabtu, 25 Jun 2011

Murtabak Mengkasar


Kali ni tak ada resepi nk di kongsikan but still nak bercerita tentang makan. Pernah dengar tentang MurTaBaK MenGKaSaR takk?!! Kalau korang nak tahu, murtabak ni memang faous kat Pekan, Bandar di Raja ni..Sesiapa yang datang ke bandar Pekan, Pahang pasti akan singgah di sini. Memang yang terbaik, pasti memuaskan hati. ieQA yang sekali-sekala   balik ke Pekan ni pun pasti takkan leapskan peluang untuk makan murtabak ni.. Sekarang lagilah famousnya sebab dah keluar kat TV3 dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. So, kalau berkunjung ke Pekan jangan lupa singgah yerr..



Isnin, 20 Jun 2011

Mee Lidi @ Mee Batang

Hollaweee...malasnyerr..
Last Friday betul-betul mood MALAS..sampai nak masak pun rasa macam...hmmm.. So ieQa pun call hubby, cakap malas masak, just goreng mee sahaja. But bukan mee kuning yang biasa kita beli di kedai atau pasaraya. This mee is very special, susah nak jumpa. ieQa beli pun di kampung. Setiapkali balik ke kampung di Pekan, Pahang mesti beli untuk buat stok dirumah. Oklah..penat berceloteh panjang..jom kita lihat bahan2 yang diperlukan.


Bahan-bahannya :-
1 bungkus mee batang @ mee lidi - direbus 3-4minit dan ditos airnya
Bawang besar dan halia - dikisar
1 1/2 sudu besar lada giling
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomat
Isi ayam - dipotong kecil ( kalau nak letak sotong dan udang pun boleh, lagi sedap)
Sedikit sayur kubis
1/2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dihiris
Gula dan garam secukup rasa
Kicap lemak manis
1 biji telur
1/2 cawan air

Cara2nya :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sampai naik bau. Masukkan lada giling.
  • Masukkan isi ayam. Biar seketika, masukkan sos cili dan sos tomato Masukkan air, biarkan seketika.
  • Masukkan telur,biarkan seketika. Masukkan sayur kubis, baang besar dan tomato.
  • Masukkan mee yang telah di rebus tadi dan kacau, masukkan garam dam gula secukup rasa. Masukkan kicap lemak manis untuk menyedapkan lagi. Kacau sampai sebati. Siap untuk dihidang.

Rabu, 15 Jun 2011

Ayam Kicap Berempah Kurmak

Hari ni ieQa rasa nak kongsi resepi ini..AYAM KICAP BEREMPAH KURMAK. Mesti korang tertanya-tanya macam mana rasanya..hihihi.. jom kita cuba resepi ini..


Bahan-bahan A :-
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
sebuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan-bahan B :-
1 biji bawang besar & sedikit halia- dikisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kurmak
Kicap lemak manis

Cara2nya :-
  • Goreng ayam yang telah diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan terlalu garing yerr..angkat dan ketepikan seketika.
  • Tumis bahan2 yang telah dikisar sampai naik bau. Masukkan serbuk kurmak dan kacau.
  • Masukkan sos tiram dan kacau. Masukkan ayam yang telah di gorang tadi.
  • Masukkan kicap lemak manis dan kacau sampai sebati. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba..!!!




Selasa, 14 Jun 2011

Antara Makanan Kegemaran Keluarga

Pagi ni betul2 dingin, rasa sayang je nak tinggalkan bantal dan selimut. Tapi mesti paksa juga diri,"Wake up..wake uo ieQa, it's already morning." Seperti biasa rutin pagi ieQa menyiapkan puteri kesayangan untuk ke sekolah. Bila semua sudah selesai, suami pun dah ke tempat kerja. Anak pun sudah ke sekolah, rumah pn sudah siap berkemas. Time for me tu make lunch for today's menu. Memang niat dari malam tadi nak buat SAYUR LEMAK KUBIS so, bahan2 pn dah siap beli. Jom kita mulakan..(^_^)..

Bahan-bahannya :-
1 kotak santan segera (nak pakai santan perah pun blh)
Sayur kubis - dipotong halus
Lobak merah - hiris nipis2
Bawang besar - dipotong
Tauhu basah
Bebola ikan
Gula & garam secukup rasa

Cara2nya :-
  • Panaskan santan, kalau terlalu pekat santa tu boleh tambah air yerr.. Kacau, jangan sampai santan tu pecah nanti tak sedap pula.
  • Bila santan dah sebati, masukkan kubis, lobak merah dan bawang yang telah dipotong tadi.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan tauhu dan bebola ikan. Siap untuk di hidang. Pasti enak..(^_^)..

Isnin, 13 Jun 2011

Pajeri Nenas

ieQa memang suka makan PAJERI NENAS. Dulu memang tak pandai nak memasaknya, tapi sekarang pejam mata pun boleh buat.."ye..ye..je kan..?!!" huhuhu..oklah, kali ni ieQa nak kongsi resepi PAJERI NENAS pula. Resepi paling mudah dan pastinya lazat..jom..jom kita ke pasar beli bahan2...!!

Bahan-bahannya :-
1 tin nenas
1/2 cawan susu cair (kalau nak guna santan pun boleh tapi ieQa suka guna susu)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil kerisik - ditumbuk
Bawang besar & halia - dikisar
Gula perang @ gula melaka - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara2nya :-
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah dikisar sampai naik bau. Masukkan air nenas dan serbuk kari daging.
  • Masukkan santan/susu cair, kacau sampai sebati.
  • Masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan nenas dan kacau. Masak sampai mendidih.
Pada mereka yang suka memakannya dengan rasa manis2 pedas boleh tambah cili giling sewak tu menumis bawang tadi yerr..

Ahad, 12 Jun 2011

Nasi Tomato & Ayam Goreng Tomato

Oklah yerr..sekarang ieQa nak bagi resepi yang segalanya berkaitan dengan tomato..hihihi..Mesti korang tertanya2 apa bezanya ayam goreng tomato dengan ayam masak merahkan..?!! Hahaha..senang jerr,bezanya ayam masak merah mesti pedas tapi ayam masak tomato ni xpedas tapi lebih manis. Jom kita mulakan..


NASI TOMATO

Bahan-bahannya :-
3 1/2  cawan beras Basmathi (pakai beras biasa pun boleh)- dibasuh & ditos airnya
1 sudu besar minyak sapi
Bawang besar & halia - dikisar
Kulit kakyu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buaah pelaga
1 tin kecil tomato puri @ sos tomato
1 kiub ayam - dibancuh dengan air
1/2 cawan susu cair
3-4 cawan air

Cara2nya :-
  • Panaskan minyak sapi, tumis bahan yang telah dikisar termasuk dengan rempah2 tadi
  • Masukkan tomato puri /sos tomato bersama kiub ayam yg telah dicairkan tadi. Biarkan ia mendidih seketika. Masukkan beras dan kacau 1-2minit sampai sebati.
  • Masukkan susu cair dan air serta garam secukup rasa. Tanak seperti biasa.
AYAM GORENG TOMATO

Bahan-bahannya A :-
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
(Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam)

Bahan-bahannya B :-
Bawang besar dan halia - dikisar
1 sudu besar lada giling - pakai yang segera jerr ni..
Sos tomato
Gula secukup rasa

Cara2nya :-
  • Goreng bahan A tadi tapi jangan terlalu garing. Bila ayam sudah masak angkat dan ketepikan seketika.
  • Tumis bahan yang telah dikisar sampai naik bau. Masukkan lada giling dan goreng sampai pecah minyak. Masukkan sos tomato dan gula secukup rasa.
  • .Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sampai sebati. siap untuk dihidang
Untuk hiasan tabur daun sup..pasti sedap menjilat jari..huhuhu..jangan lupa mencuba yerr..


Resepi Nasi Minyak & Opor Ayam

Bila dah duduk dirumah ni mulalah nak mencuba masakkan itu dan ini. First aku cuba nasi minyak inilah. Siap masak aku post kt FB. Kawan2 aku suka sangat tengok gambar masakkan aku..hihihi..jom2 kite masak sama2..

Bahan2nya :-
3 cawan beras Basmathi (beras biase pun boleh) -  Di basuh & di tos airnya
1 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan
2-3 cawan air kosong
1/2 cawan susu cair
1 kiub ayam - dicairkan
Bawang besar @ bawang merah, bawang putih (takada pn takpe) & halia- dikisar
Serbuk kunyit
Kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkeh
Kismis & bawang goreng - utk hiasan

Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak sapi, tumis bahan2 yg telah dikisar termasuk kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkeh
  • Masukkan air, daun pandan, garam & susu cair. Kacau, lepas tu masukkan beras & kacau sekali lg..
  • Bila sudah kering, perlahankan api & tutup periuk nasi tu yerr..jgn dibiar bke plak..hihihi..Biar nasi masak 5-10 minit..
  • Last tabur bawang gorng & kismis..siap dihidang
Ok. sekarang kita pergi ke bahagian lauknya pula. Nasi minyak ni klu di pahang sedap dimakan bersama dengan ayam masak tomato atau daging masak opor. Lauk opor tu pula lagi enak kalau kita guna daging kerbau..memang lazat sehingga menjilat jari. Yummy..!!


Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam - potong kecil2 ye..
Rempah opor (pandai2 sukat sendiri ye..!! hihihi)
Bawang besar atau bawang merah, bawang putih & halia - dikisar
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 kotak santan segere
Gula & garam secukup rasa
Kerisik

Cara2nya :-
  • Panaskan minyak, tumis  bahan2 yang telah dikisar termasuk kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
  • Masuk rempah opor & air asam jawa, kacau.
  • Masukkan ayam & sedikit air. Biar ayam empuk seketika.
  • Masukkan santan & kerisik. kacau sampai pekat/kering
  • Masukkan garam & gula secukup rasa..kuaah mesti pekat baru sedap dimakan..